Tuesday 2 November 2010

~ Sepak Takraw 2nd ASEAN School Game ~

Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah dalam beberapa pertandingan sukan di 2nd ASEAN School Games yang telah berlangsung pada 12hb hingga 21hb Julai 2010.
Sepak Takraw adalah salah satu sukan yang menyertai dalam pertandingan ini. Diantara negara-negara ASEAN yang mengikuti acara ini ialah Thailand, Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Filipina dan Singapura. Tiga orang pelajar dari Sekolah Sukan telah dipilih untuk mewakili kontigen Brunei Darussalam iaitu Mohd. Hafisuddin, Mohd. Alifuddin dan Mohd. Shahrine.
Prestasi atlit Brunei Darussalam adalah sangat memberangsangkan dimana dalam acara kumpulan, mereka berjaya memperolehi pingat gangsa setelah tewas ditangan Thailand pada peringkat separuh akhir. Manakala dalam acara inter regu, Brunei Darussalam mengalahkan Filipina dalam suku akhir dan tewas oleh Thailand dalam separuh akhir.

Tahniah buat pasukan sepak takraw Brunei Darussalam.

No comments: