Thursday 8 April 2010

Majlis Penyerahan Anak Kunci



Majlis pagi tadi adalah masa yang dinantikan oleh semua warga Sekolah Sukan, dimana "Majlis Penyerahan Anak Kunci Bangunan Baru Sekolah Sukan (Fasa 1) di Kg. Pulaie" telah pun dilaksanakan dengan jayanya.


Majlis ini telah disaksikan oleh tetamu kehormat iaitu YM Datin Paduka Dyg Apsah bte Hj. Abd. Majid, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, dengan penyerahan kunci kepada Pengetua Sekolah Sukan Cg. Zaman bin Hj. Gapar. Majlis ini disaksikan oleh beberapa orang para jemputan yang turut hadir dari pelbagai pihak.


Saturday 3 April 2010

Pertandingan Saringan Pidato


Tempat : Sekolah Menengah Perdana Wazir, KB
Hari : Sabtu, 3 April 2010
Masa : 8.30 pagi
Guru Pengawas : Cg. Azrina dan Cg. Sarini


Sekolah Sukan adalah diwakili oleh Siti Nabilah Binti Ali dan Dk. Siti Nurmashizriah Binti Pg Nikman (simpanan) dari tahun 9A. Pidato yang dibawakan oleh Siti Nabilah ialah bertajuk "Disiplin Asas Kecemerlangan Diri".